May
28

SHARIFAH AINI TERLANTAR DI HOSPITAL

PENYANYI lagenda, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, kini dilaporkan terlantar di sebuah hospital swasta di ibu negara disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

 Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil. Penyanyi bersuara lunak ini sebelum ini dijangkiti virus Influenza A (H1N1), lima bulan yang lalu.

 Menurut portal hiburan, walaupun keadaan Sharifah Aini stabil, namun dia belum bersedia untuk menerima pelawat disebabkan daya tahan tubuhnya yang agak lemah.

 “Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan ALLAH, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan.

 “Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua,” katanya yang dipetik melalui laman sosialnya.

 Sama-sama kita mendoakan agar Sharifah Aini cepat sembuh. – SH Online

May
15

NEELOFA BAKAL BERHIJRAH?

BIARPUN sesetengah pandangan masyarakat melabel pelakon ini tidak layak bercakap mengenai agama atau terlibat menjadi artis panel jemputan dalam forum agama, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus melibatkan diri dalam majlis ilmu atau keagamaan.

 Tidak mempedulikan cakap-cakap orang, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa  ini akan lebih mendekatkan diri dengan majlis keagamaan kerana jiwanya sangat menyukai perkara-perkara yang mendatangkan kesan positif dalam diri.

 “Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi. Malah sejak mempunyai rakan-rakan yang suka ke arah itu, saya lebih kerap pergi ke majlis ilmu bersama mereka. Saya tahu ada yang akan menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum yang saya pergi ke majlis-majlis sebegini kerana merasakan ia tidak perlu.

 “Cuma kebelakangan ini sahaja beberapa teman ‘posting’ gambar-gambar saya di Instagram membuatkan ramai yang menilai saya,” katanya.

 Menurut Neelofa, dia tidak akan membuat sesuatu di luar bidang kuasanya dan akan terus menerus menimba ilmu agama secara berterusan.

 “Saya dijemput sebagai panel di forum tersebut bukanlah untuk memberikan pendapat mengenai agama. Namun, ia berkaitan dengan bidang perniagaan yang saya ceburi. Lagipun, saya tahu saya memang belum arif tentang agama jadi memang saya takkan berikan pandangan saya dalam hal keagamaan,” katanya.

 Ketika ditebak mengenai dirinya mengenai pemakaian hijab, Neelofa berkata, semua orang memang ingin berubah ke arah kebaikan, begitu juga dirinya.

 “Memang semua orang akan berfikir begitu, termasuk juga saya. Namun, saya akan usahakan sedikit demi sedikit sehingga saya benar-benar bersedia untuk berhijab,” katanya yang tidak menolak untuk bertudung satu hari nanti. – SH Online


May
06

AL-FATIHAH SENIMAN DATUK AZIZ SATAR

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang lagi seniman tanah air, Datuk Aziz Sattar, telah pulang ke Rahmatullah tepat jam 2 pagi tadi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat serangan jantung.

Berita sedih tersebut disahkan oleh cucu Allahyarham sendiri, Abu Ubaidah A.Ishak menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Aziz Sattar. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Mar
04

Wardinah Safiyyah Jadi Model Tilam Bersyarat

Bekas pelakon juga pengacara yang kini aktif sebagai motivator, Wardina Safiyyah mengakui mengambil masa lebih kurang sebulan sebelum memberikan kata putus menerima tawaran sebagai duta jenama tilam tempatan, Goodnite.

Menurut aktres kacukan Australia-Acheh yang pernah popular menerusi lakonannya dalam ‘Spanar Jaya’ ini, pada mulanya dia berasa pelik saat didatangi wakil Goodnite. Bahkan awal-awal lagi Wardina berterus terang kepada pihak berkenaan akan syarat-syaratnya terutama beliau tidak akan memakai pakaian yang ketat apatahlagi bergaya seksi untuk gambar promosi produk berkenaan.

Namun selepas meminta pendapat suaminya, beliau akhirnya bersetuju. Tambahan pihak Goodnite turut menawarkan suami dan anak-anak beliau terlibat sama dalam iklan untuk kempen berkonsepkan kekeluargaan.

“Mula-mula tu saya sangat pelik kenapa mereka (wakil Goodnite) memilih saya. Iyalah, saya ni bukannya popular lagi. Saya katakan pada mereka, saya tidak akan memakai baju ketat-ketat, tidak akan berposing seksi di atas tilam mereka. Walaupun mereka bukan Islam tapi mereka faham dan hormati syarat-syarat saya.

“Saya berbincang dengan suami saya. Selain seperkara yang buat saya tertarik ialah kempen yang mereka wujudkan untuk promosikan produk tilam ni iaitu kempen yang berkonsep memetingkan nilai keluargaan serta kepentingan tidur yang cukup. Anak-anak dan suami saya juga terlibat untuk iklan tersebut”, kata Wardina yang menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Goodnite. – mD

Mar
03

MIZZ NINA NEKAD BERHENTI MENYANYI

Penyanyi Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.

“Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.

“Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan,” katanya.

Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu. – mStar

Mar
01

Lukisan Potret Siti Nurhaliza Dijual Sehingga RM75,000

Lukisan eksklusif Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara, karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres menjadi lukisan paling mahal iaitu bernilai RM75,000. Lukisan yang dihasilkan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan itu kini dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014, di Galeri Artelier KL, Publika.

Selain itu, lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500.

Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).

Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.

Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing.

Sementara itu, sebanyak 30 peratus daripada kesemua lukisan yang dijual akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. – mD

sumber : mStar online

Feb
26

TRIO HEBAT KEMBALIKAN NOSTALGIA PENONTON

SEBUT saja Sembilu, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan Merah pasti terbayang tiga bintang hebat era 90-an, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

Setelah ‘terpisah’ 21 tahun, trio yang pernah menggegar panggung itu bakal kembali mengubat kerinduan peminat dalam sebuah pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya buat julung kalinya.

Berpeluang menemui ketiga-tiganya semalam dan menyaksikan salah satu babak persembahan konsert istimewa itu, Sinar Harian Online mengakui aura era itu masih ada.

Idea yang datang daripada Awie itu memberi ruang terbaik kepada ketiga-tiga penyanyi dan pelakon ini bertemu kembali di pentas.

“Inilah kali pertama, gabungan tiga artis yang terpisah 21 tahun, kembali berada di atas pentas secara ‘live’.

“Bukan saja mempamerkan bakat nyanyian tetapi juga bakat lakonan. Kita buat konsert dan teater yang digabungkan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Istana Budaya pada sesi latihan konsert tersebut.

Sementara itu, penyanyi bersuara lantang dengan ‘trademark’ kening terangkat, Ziana Zain menyifatkan menggalas tugas untuk berlakon dengan beberapa watak dan menyanyi pada masa sama bukan kerja mudah.

“Saya rasa konsert ini memang peluang untuk kami ‘reunion’. Malah respons daripada peminat juga menantikan gabungan kami.

“Sudah tentu dalam teaterikal ini ada babak-babak yang komedi dan banyak elemen di dalamnya. Saya pegang tiga watak, awal-awal rasa gila tapi apabila sudah terbiasa rasa seronok pula,” katanya.

Ziana juga mengharapkan peminat-peminat tegar mereka bakal membanjiri Panggung Sari Istana Budaya untuk menonton persembahan mereka.

“Banyak yang berlaku kepada peminat-peminat kami, yang membesar dengan kami. Ada juga yang kerana cerita ini, lagu ini, mereka bergaduh, berkahwin.

“Kami harapkan peminat-peminat tegar akan datang beramai-ramai. Kita buat ‘reunion’ dan ingat kembali nostalgia dulu-dulu,” katanya.

Sementara Erra turut akui teruja menanti hasil garapan pengarah terkenal Erma Fatimah yang mengetengahkan lagu-lagu popular ketika itu.

“…khususnya kepada peminat-peminat zaman Sembilu. Mungkin ada lagu-lagu atau cerita yang melekat di hati, maka inilah masanya untuk kita mengembalikan nostalgia-nostalgia lama.

“Dalam konsert ini ada banyak sangat lagu-lagu yang popular dipopularkan oleh Ziana Zain dan Awie. Walaupun saya turut terlibat sama, saya sangat teruja kerana kenangan itu banyak,” katanya.

Konsert menelan kos sebanyak RM1.4 juta terbitan Awie Entertainment Sdn Bhd ini bakal berlangsung selama seminggu bermula 3 hingga 9 Mac depan.

Konsert Teaterikal Suara Kita juga mendapat sentuhan Erma Fatima sebagai pengarah bersama, penerbit Azmi Zainal Abidin sebagai Pengarah Produksi dan komposer Edrie Hashim sebagai pengarah muzik. – SH Online

Feb
24

Fauzi, Nisdawati Dakwa Diugut & Dimaki

“Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”

Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’.

Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.

“Saya hanya minta penjelasannya dan dia mungkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti ini. Bagi saya perbuatan itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung”, katanya yang turut memberitahu Sharnaaz juga menyumpah anak dalam kandungan isterinya.

Berikutan insiden itu dia dan isterinya sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sementara Nisdawati pula berkata, dia tidak tahu menahu punca diserang dan dimaki-hamun Sharnaaz. Dia jua berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, pelakon itu boleh datang dan berbincang secara elok dengannya, bukan dengan cara mengamuk dan memaki hamun. – mD

sumber : Harian Metro

Feb
21

Shila Terus Lebarkan Sayap di Persada Antarabangsa

SEKALI lagi Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah telah mengambil peluang untuk melakar namanya di peringkat antarabangsa dalam bidang vokal.

 Selepas berjaya menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2013, sekarang tiba masanya Shila terus melebarkan bakatnya di peringkat antarabangsa dengan menyertai program realiti nyanyian berjudul “I am a Singer” di China.

 Pelantun lagu Masih Aku Cinta itu juga akan memulakan persembahannya pada Jumaat ini.

 Perkara itu juga telah dikongsi Shila melalui akaun Twitternya dengan memuat naik gambar posternya untuk pertandingan itu.

 Melalui akaun Twitternya juga, Shila turut berkongsi cara untuk menonton secara “live” persembahannya di negara itu.

 “Bagi pengguna komputer riba atau komputer, anda boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm.

 “Ia akan disiarkan pada Jumaat, jam 8 malam.        

 “Jadi tak ada alasan untuk menonton persembahan Shila dalam ‘I am a Singer’. Terima kasih kerana memberi sokongan,” tulisnya di laman tersebut.

 Memetik laporan satu portal hiburan, program realiti tersebut turut disertai dua penyanyi Malaysia yang lain namun telah tersingkir dalam episod terdahulu. – SH Online

Feb
19

ERRA FAZIRA SAH BERCERAI

Akhirnya misteri mengenai status pelakon dan penyanyi glamour ini terjawab juga. Dipetik dari Sinar Harian, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek,40 sah bercerai talak satu pada pagi ini dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Older posts «

» Newer posts