«

»

Jul
05

SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau ‘paru-paru berparut’.

Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini pada Sabtu.

- SH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.