«

»

Feb
21

Shila Terus Lebarkan Sayap di Persada Antarabangsa

SEKALI lagi Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah telah mengambil peluang untuk melakar namanya di peringkat antarabangsa dalam bidang vokal.

 Selepas berjaya menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2013, sekarang tiba masanya Shila terus melebarkan bakatnya di peringkat antarabangsa dengan menyertai program realiti nyanyian berjudul “I am a Singer” di China.

 Pelantun lagu Masih Aku Cinta itu juga akan memulakan persembahannya pada Jumaat ini.

 Perkara itu juga telah dikongsi Shila melalui akaun Twitternya dengan memuat naik gambar posternya untuk pertandingan itu.

 Melalui akaun Twitternya juga, Shila turut berkongsi cara untuk menonton secara “live” persembahannya di negara itu.

 “Bagi pengguna komputer riba atau komputer, anda boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm.

 “Ia akan disiarkan pada Jumaat, jam 8 malam.        

 “Jadi tak ada alasan untuk menonton persembahan Shila dalam ‘I am a Singer’. Terima kasih kerana memberi sokongan,” tulisnya di laman tersebut.

 Memetik laporan satu portal hiburan, program realiti tersebut turut disertai dua penyanyi Malaysia yang lain namun telah tersingkir dalam episod terdahulu. – SH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.