«

»

Feb
18

GILIRAN AYU RAUDHAH BERSAMA KELUARGA PULA TUNAI UMRAH

Memandangkan sekarang merupakan musim menunaikan umrah, maka ramai jugalah selebriti tempatan yang mengambil peluang untuk turut melakukan ibadah.

Jika pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh serta Rabecca Nur Al-Islam sudah pun pulang dari mengerjakan umrah, kini giliran Ayu Raudhah pula menjejakkan kaki ke sana.

Untuk pengetahuan anda, pelakon dan juga adik kepada dramatis terkenal, Rozita Che Wan itu telah bertolak ke Jeddah sejak dua hari lepas.

Semoga ibadah yang dilakukan oleh Ayu, Zaquan dan keluarganya diberkati dan mendapat umrah yang mabrur. – OB

Leave a Reply

Your email address will not be published.