«

»

Feb
11

CARA FIZO OMAR & MAWAR BERCINTA SELEPAS KAHWIN

Sejak berkahwin boleh dikata kerap pelakon Fizo Omar membawa isterinya ke acara-acara hiburan. Pendek kata, di mana ada Fizo, terlihat juga Mawar di sisinya. Dalam erti kata lain, pasangan suami isteri sama cantik sama padan ini dilihat asyik berkepit saja di hadapan umum.

Namun timbul desas-desus sesetengah pihak mengatakan pasangan ini seperti mengada-ngada, tak boleh nak berenggang langsung. Cukuplah mereka bersikap romantis di rumah tak perlulah selalu sangat nak ditunjukkan depan umum. Ada yang kata, Fizo galak sangat tayang isteri. Heh.

“Mestilah… (senyum) Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Tapi kalau ikutkan untuk acara anugerah sebegini, ini baru kali kedua saya bawa dia. Sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya.

“Lagipun kami ni kan bercinta selepas kahwin. Jadi inilah cara kami habiskan masa bersama. Tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri, sebagai contoh dia yang bertangggungjawab untuk mencipta setiap rekaan tudung Fareeda.

“Tapi sebenarnya kalau dari segi bekerja, boleh dikatakan memang kami sentiasa bersama walaupun kami kendalikan bidang perniagaan yang berlainan. Tapi kami berkolaborasi untuk cari peluang perniagaan bersama. Dengan cara tu juga agak memudahkan kami, misalnya kalau nak jumpa klien kami boleh pergi bersama-sama”, katanya ketika ditemui sewaktu di acara karpet merah Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol berkahwin dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu pada 10 November tahun lalu.

Dalam pada itu, berkongsi sedikit mengenai kehidupan mereka kini, Fizo berkata sejak bergelar suami idupnya semakin teratur. Malah usahawan muda ini bersyukur kerana perniagaannya kini bertambah maju.

“Syukur Alhamdulillah, semakin bahagia dan hidup pun lebih teratur. Mungkin inilah yan dikata rezeki kawin, sebab perniagaan Hot Burger saya pun dah berkembang. Begitu jua dengan perniagaan tudung Fareeda yang akan buka lagi tiga cawangan”, katanya sambil mengukir senyuman.

- mD

Leave a Reply

Your email address will not be published.