«

»

Feb
07

ROSYAM NOR TERUJA TIMANG CUCU PERTAMA

Tahniah diucapkan kepada Datuk Rosyam Nor dan isterinya yang telahpun selamat menimang cucu pertama mereka hari ini.

Bayi perempuan yang diberi nama Hanan Adraa Mohd Hafiz itu merupakan cucu pertama hasil perkahwinan anak perempuan Rosyam, Arniesha Azureen dengan suaminya Mohd Hafiz.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Rosyam sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya dan mendapat ucapan tahniah dari beribu peminatnya.

Untuk pengetahuan anda, anak perempuan Rosyam Nor, Arniesha Azureen telah bernikah dengan jejaka pilihan Mohd Hafiz Pada 12 Mei 2013 yang lalu. – OB

Leave a Reply

Your email address will not be published.