«

»

Dec
26

Soo Wincci Tersenarai 100 Wanita Paling Cantik Di Dunia

PENYANYI yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Soo Wincci terkejut apabila dirinya tersenarai dalam Indipendent Critics bagi kategori 100 Wajah Paling Cantik 2013.

Wincci berada di tangga ke-91 sebaris dengan beberapa selebriti lain yang turut pertama kali dicalonkan seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom).

Sementara tempat pertama milik pelakon cantik dari Perancis, Marion Cotillard selepas tersenarai selama 12 tahun.

Wincci yang kini di Taiwan ketika dihubungi Sinar Harian Online akui senarai itu menjadi penggalak kepada impiannya menembusi pasaran Hollywood.

“Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang berita ini. Ketika itu (semalam) saya dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Taiwan.

“Berita ini sangat menggembirakan saya kerana saya menganggap ia sebagai satu penggalak untuk mencapai impian saya ke Hollywood,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.