«

»

Dec
04

TASHA SHILA TUNGGU PINANGAN HANS


kemesraan pelakon Tasha Shila dengan seorang pemuda menerusi gambarnya yang tersebar di ruang internet menimbulkan banyak tanda tanya. Dikhabarkan jejaka berbangsa Cina berusia awal 20-an yang dikenali sebagai Hans itu seorang peninju Muay Thai.

“Saya dengan dia baru berkawan. Baru tiga bulan kami kenal. Saya diperkenalkan pada Hans oleh seorang teman kami, di satu majlis. Hans ni seorang yang pemalu. Walaupun dia berketurunan Cina, saya tak kekok berkawan dengan dia sebab saya dah biasa. Lagipun saya ada kawan-kawan saya dikalangan bangsa Cina juga bangsa lain.

“Walaupun saya kawan dengan Hans, saya juga masih kawan baik lagi dengan Mahali. Secara kebetulan kedua-duanya atlit.

“Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak)”, katanya yang mendambakan seorang lelaki yang romantik dan penyayang.

sumber : mD

Leave a Reply

Your email address will not be published.