«

»

Dec
03

PEMERGIAN PAUL WALKER MENGEJUTKAN

KEMATIAN bintang utama filem Fast & The Furious, Paul Walker atau terkenal dengan watak Brian O’Conner dalam filem tersebut nyata memberi kejutan bukan sahaja kru produksi filem tersebut, bahkan peminatnya seluruh dunia.

Menurut sumber, Walker dikatakan dalam perjalanan pulang untuk menyelesaikan baki penggambaran francais Fast & The Furious 7.

Malah kemalangan tersebut memberi kesan mendalam dalam proses penggambaran filem .

Menurut sumber, kehilangan bintang itu menyebabkan seluruh tenaga kerja Universal Studio terhenti dan mereka terlalu sedih untuk meneruskan penggambaran filem tersebut.

“Mereka terpaksa mengubah sebahagian besar jalan cerita kerana kebanyakan babak melibatkan Walker.“Malah mereka juga mengambil cuti buat sementara dan menangguhkan segalanya berkait dengan filem ini untuk pembikinan semula,” kata sumber itu.

Kehilangan aktor tersebut nyata beri kesan mendalam terhadap rakan seperjuangan dalam siri Fast & Furious yang berjaya menaikkan namanya.

“Saudara, aku akan merinduimu selalu. Sangat terkejut terkejut dengan berita kematian ini, semoga aman di sana,” ujar Vin Diesel.

Sementara itu, rakan artis Dwayne ‘The Rock’ Johnson turut memuat naik status dan gambar kenangan bersama mendiang dalam laman sosial, Twitter.

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 November, jam 3 pagi di di Los Angeles, Walker difahamkan dalam perjalanan pulang dari majlis amal yang dianjurkan syarikatnya, Reach Out Worldwide.

Aktor berusia 40 tahun itu difahamkan menghadiri pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Ketika kejadian, rakan karibnya, Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT berwarna merah milik Walker, gagal mengawal kenderaan tersebut dan melanggar sebatang tiang telefon sebelum kenderaan tersebut meletup.

sumber : SH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.