Oct
30

HIJRAH MIZZ NINA

Penyanyi sensasi, Mizz Nina, 33, yang baru pulang mengerjakan fardhu haji di Makkah lima hari lalu, kini tampil berhijab. Dia yang merendah diri bagaimanapun belum bersedia bertemu media. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Nina, Joe Saiful, penyanyi itu tidak mahu bercerita mengenai perubahan imejnya kerana sebagai wanita Islam memang diwajibkan menutup aurat. Katanya, Mizz Nina baru … Continue reading »

Oct
29

FIZO OMAR LAMAR MAWAR DI PAWAGAM – UMUM NIKAH 10 NOVEMBER DEPAN

Pelakon dan pengacara Fizo Omar, 28, mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Mawar Abdul Karim, 24, pada 10 November depan di kediaman keluarga perempuan di Country Heights, Kajang. “Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan … Continue reading »

Oct
28

KONSERT NING BAIZURA BAKAL GEGARKAN PEMINAT

SEBELUM ini, penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura, dijadualkan bakal mengadakan konsert solonya, Konsert Pelangi Untukmu, pada 21 September lalu. Namun, atas sebab-sebab tertentu, konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh lain iaitu pada 16 November depan. Akibat penangguhan itu, ada desas-desus yang mengatakan konsert Ning gagal mendapat sambutan dan tiket tidak laku. Menafikan perkara itu, pelantun … Continue reading »

Oct
26

DIANA AMIR SELAMAT BERGELAR ISTERI

Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat. Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan … Continue reading »

Oct
25

FBI TINGGALKAN HOT FM

Mohd Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM. Perkara ini disahkan di laman mikro Facebooknya. “Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam. “Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya … Continue reading »

Oct
24

NEELOFA HASRAT BERSARA

Pelakon dan pengacara Neelofa mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi tumpuan dalam bidang perniagaan dan rumah tangga yang bakal dibinanya sebelum mencecah usia 30 tahun. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia tidak percaya bakatnya akan diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang kerana ketika itu sudah ada pelakon-pelakon baharu yang … Continue reading »

Oct
23

TAHNIAH! LIYANA JASMAY DISAHKAN HAMIL 2 BULAN

Aktres Liyana Jasmay berkata dia bukan hendak berahsia mengenai berita kehamilannya itu kerana beranggapan masih terlalu awal untuk didedahkan kepada pihak media. “Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini. “Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya … Continue reading »

Oct
22

Artis Popular 80-an Noreen Nor Meninggal Dunia

Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Al-Fatihah. Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang. Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu. Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980. Antara filem lain … Continue reading »

Oct
21

NORA DANISH AKUR

Setelah berkali-kali ditawarkan peluang untuk beraksi di pentas teater, Nora Danish akhirnya akur lantas bersetuju beraksi di dalam teater muzikal ‘Bahayanya Wanita’. Pelakon cantik ini mengakui begitu takut dan berdebar untuk berlakon teater namun cuba sedaya upaya untuk mengatasi rasa takut tersebut. “Saya seorang yang gugup di atas pentas namun saya telah lama ingin berlakon … Continue reading »

Oct
19

DIANA AMIR PILIH KONSEP ISLAMIK SEMPENA MAJLIS NIKAH

Setelah setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Diana Amir akhirnya mengumumkan majlis pernikahan dengan pemuda pilihannya yang juga merupakan seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman akan dilangsungkan pada 25 Oktober ini. Majlis Ijab dan Qabul diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya pada jam 9 … Continue reading »

Older posts «