Aug
30

SYAMSUL YUSOF KECEWA KL GANGSTER 2 TERSEBAR DI INTERNET

Sejak dari petang semalam, orang ramai mula kecoh mengatakan filem terbaru arahan Syamsul Yusof berjudul KL Gangster 2 telah tersebar di laman internet. Ekoran daripada itu, Syamsul melalui laman Facebook miliknya memberi peringatan kepada individu yang memuat naik filem itu tanpa kebenaran. Menurut Syamsul lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras untuk mengesan mereka … Continue reading »

Aug
29

YANA SAMSUDIN UTAMAKAN PENJAGAAN KESIHATAN

NAMA Yana Samsudin sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Setelah lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni, nama Yana kian dikenali ramai. Apatah lagi, lakonannya sebagai Manja atau Kak Yong dalam filem Bini-Biniku Gangster serta watak Wawa dalam filem Adnan Sempit berjaya melonjakkan nama anak kelahiran Yong Peng, Johor ini. Tidak hanya berbakat dalam bidang lakonan … Continue reading »

Aug
27

SYAMSUL YUSOF SEDIA BERGELAR SUAMI

Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya selepas filem terbaharu arahannya berjudul KL Gangster 2 ditayangkan pada 3 Oktober depan. Syamsul, 29, bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah wanita yang ingin disunting menjadi isterinya itu walaupun desas-desus mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Puteri Sarah. “Saya sudah bersedia untuk berumah … Continue reading »

Aug
22

SITI NURHALIZA, MELLY GOESLAW, FAIZAL TAHIR DALAM AF 2013

Tiga nama besar dal;am industri hiburan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir bakal menerajui Akademi Fantasia 2013 sebagai tenaga pengajar musim ini. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti ini berdasarkan kredibiliti masing-masing selain menggantikan peranan pengetua seperti musim-musim terdahulu. “Kali ini AF 2013 tiada pengetua … Continue reading »

Aug
21

ADI PUTRA DIMASUKKAN KE WAD KECEMASAN

Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini. Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, ketika dihubungi Utusan Online enggan menjawab sebarang soalan, termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan. “Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan,” katanya seperti yang dilaporkan … Continue reading »

Aug
19

Erma Fatima Berhabis RM6000 Cuci Usus Perut

Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima berbelanja RM6,000 semata-mata untuk membersihkan usus perut (kolon) sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang penyakit. Bercakap kepada mStar online, beliau telah menjalani rawatan tersebut pada awal tahun ini dan menyarankan kepada orang ramai untuk turut berbuat demikian. “Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah … Continue reading »

Aug
17

‘Istanbul Aku Datang’ Ungguli Anugerah Lawak Warna

Filem Istanbul Aku Datang mengungguli Anugerah Lawak Warna (ALW) bagi mengiktiraf kerja-kerja pelawak anjuran Astro Warna yang diadakan di Istana Budaya di sini malam Jumaat. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik … Continue reading »

Aug
16

Yazid Search kini dirawat di HKL

PEMAIN dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan ke dua buah hospital selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga iaitu Sabtu lalu. Menurut Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah berkata, keadaan Yazid bagaimanapun stabil selepas dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ke Hospital Kuala Lumpur … Continue reading »

Aug
15

FIDA TETAP SERTAI AF 2013 WALAUPUN DIKRITIK

Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida tetap dengan pendiriannya untuk menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF) walaupun mendapat kritikan ramai. Fida, 27, berkata, keputusannya itu bukan sekadar suka-suka sebaliknya menganggap ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran bagi membolehkannya mendalami ilmu muzik dan nyanian. “Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang … Continue reading »

Aug
14

AKU CINTA ALLAH

MASIH bertahan di antara kumpulan nasyid popular tanah air, Saujana baru sahaja tampil dengan album terbaru berjudul Aku Cinta ALLAH. Menampilkan single pertama berjudul Istighfar, album Aku Cinta ALLAH ini menampilkan 16 buah lagu berbentuk nasyid, zikir, selawat, doa, terjemahan dan instrumental. Menurut vokalis Saujana, Suffian Amrin berkata, hampir dua tahun Saujana tidak mengeluarkan album … Continue reading »

Older posts «