«

»

Jun
08

SEKALI LAFAZ, BEEGO & LINDA SAH SUAMI ISTERI

 

BEE_0582Dua hati kini bersatu. Selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan, pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz, tepat jam 9.26 malam tadi. Majlis ijab kabul kedua mempelai ini telah diadakan di Masjid Usamah Bin Zahid, Seksyen 2, Wangsa Maju.

Pemilik nama sebenarnya Md Aszerul bin Nizam Abdullah, 33, telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nizam Wahab.

Linda atau nama penuhnya Norhazlinda Hashim, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM35,000.

BEE_0610Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Beego menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Aktor yang mula meraih populariti menerusi drama ‘Puteri’ ini memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tepak sireh, sepasang kasut Quince, seutas jam Titos, sebentuk cincin & wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan sebuah beg tangan Furla.

Sebagai balasan, aktres yang membintangi filem ‘Tanda Putera’ ini memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata hitam Cartier, sebentuk cincin Emporia Armani, coklat Hershey’s, buah-buahan, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme dan sireh junjung.

BEE_0531Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona peach rekaan butik Erins & Erina Sequins, butik milik kakak Linda sendiri. Beego segak berbaju Melayu dan Linda anggun dan berseri-seri mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.

Beego dan keluarga telah merisik pada Oktober 2012 sekaligus secara mengejut majlis itu menjadi majlis pertunangan mereka.

BEE_0521(1)┬áPerkenalan Beego dan Linda bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri ‘Seuntai Kasih’ pada Jun tahun lalu. Sejak itu ikatan cinta mereka mula terjalin.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua Beego dan kali pertama bagi Linda. Sebelum ini Beego berkahwin dengan Intan Shahira Mohd. Shahru pada 28 Disember 2007, namun rumah tangga yang dibina yang hanya mampu bertahan selama empat bulan dan dia menduda sejak tahun 2009.

Majlis resepsi pasangan suami isteri ini akan diadakan pada malam ini, 8 Jun, Sabtu. Berkonsepkan dalam taman, persandingan mereka akan diadakan di Dataran Karyawan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ulu Klang, jam 8.30 malam.

BEE_0550BEE_0592BEE_0629

- mD

Leave a Reply

Your email address will not be published.