«

»

Jun
06

Izzue Islam Bawa Isteri Bulan Madu Dengan Peminat?

IMG_9092Sebelum ini pelakon kacak, Izzue Islam, 23, pernah memberitahu yang dia beruntung kerana memperisterikan seorang wanita iaitu Awin Nurin yang sangat memahami dan bukan seorang cemburu. Masih lagi dalam mood pengantin baru, baru-baru ini Izzue mengkhabarkan pada hujung tahun ini dia dan Awin akan ke bercuti ke Disneyland, HongKong dan Macau.

Bagaimanapun, oleh kerana sikap isterinya yang terlalu sporting itu, Izzue akan membawa sekali peminat-peminatnya bercuti bersama. Biar betul?

“Sebenarnya pihak Safir Go Travel datang dan mencadangkan pada saya mengenai percutian bersama peminat. Ini satu kesempatan yang baik dan lagipun ni pertama kali saya bercuti bersama peminat-peminat saya. Saya pun tak pernah cuti keluar negara sebelum ni. Ni kali pertama. Saya dengar dua tempat ini memang punya tarikan tersendiri.

“Rasa teruja lebih-lebih lagi bersama peminat-peminat. Sambil melancong, ini juga peluang saya dan mengenali lebih rapat lagi dengan mereka. Kita juga akan ada pelbagai aktiviti sampingan menarik yang akan diatur nanti. Masih ada ruang lagi kepada peminat yang nak menyertai percutian ni.

Menurut Izzue, pemilihan dua destinasi itu adalah persetujuan bersama antara dia Safir Go Travel. Dengan pakej RM3855, percutian selama 6 hari 5 malam ini akan diadakan pada 15 hingga 20 Disember 2013. Makklumat lanjut boleh layari www.safirgotravel.com

Ditanya adakah percutian ini juga sebagai percutian bulan madu dia dan isterinya dan adakah ini bermakna saat-saat manis yang akan dilaluinya bersama Awin nanti, dalam masa sama turut dikongsikan dengan peminat-peminatnya?

IMG_9145Jawab Izzue,”(gelak) Sebenarnya persetujuan antara saya dan pihak Safir Go Travel dah dibuat sebelum kami berdua berkahwin lagi. Pakej ini dinamakan ‘Jom melancong bersama Izzue Islam ke Hong Kong Disneyland dan Macau’. Macam yang saya pernah kata, isteri saya seorang yang sangat memahami. Dia tiada masalah.

“Boleh jadi juga percutian ni sebagai honeymoon kami. Tapi sebenarnya kalau kami berdua ada masa dalam tempoh hingga sebelum hujung tahun ni, memang saya bercadang nak bawa Awin pergi bulan madu tempat lain dulu sebelum ke Hong Kong”, kata anggota kumpulan Forteen ini.

Dalam perkembangan lain, Izzue baru saja selesai menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz. Dia sibuk di set penggambaran Sahabat. Drama bersiri terbitan Suhan Movie untuk saluran Astro Ria itu turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Liyana Jasmay, Sarah Ali dan pelakon baru Shariff (kumpulan Sleeq).

Selain itu, bersama kumpulan Forteen, mereka bakal merakamkan album baru dan kini sedang rancak mempromosikan single Kita. Lagu tersebut turut yang dijadikan lagu tema drama bersiri lakonan Izzue, Sebenarnya Saya Isteri Dia.

- mD

 

 

2 comments

No ping yet

  1. Promosi Jubah says:

    Hi. Wow menarik artikel ni… tahniah admin.

    1. drrozmey says:

      hye, terima kasih :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.