«

»

Jun
05

Izara Aishah Ambil Alih Tempat Maya Karin

 

IMG_9078(1)Dia cantik. Dia muda. Dia berbakat lagi menjadi kegilaan ramai. Pakej lengkap itu melayakkan aktres, model dan ikon remaja yang semakin popular, Izara Aishah dilantik sebagai wajah baru Innershine. Ini bermakna Izara secara rasmi mengambil alih tempat duta terdahulu, pelakon dan penyanyi jelita, Maya Karin.

“Saya tak rasa menjadi duta merupakan satu beban. Malah saya seronok. Saya rasa sangat bertuah dipilih jadi duta InnerShine. Ini ada satu peluang keemasan bagi saya. Dan saya sebenarnya adalah peminat nombor satu Maya Karin.

“Walaupun saya gantikan dia sekarang ini, tapi saya masih rasa saya belum lagi capai level seperti Maya. Saya masih baru dan masih banyak lagi yang saya perlu belajar dalam dunia seni. Saya terharu dan dalam masa sama berbangga sebab diberi kepercayaan untuk pikul pula tanggungjawab ini. Saya memang gemar dan tahu tentang InnerShine sejak dari zaman Camelia jadi dutanya lagi”, ujar gadis 21 tahun ini kepada Malaysian Digest.com sambil mengukir senyuman manis.

Aktres berdarah kacukan Melayu-Pakistan ini ditemui pada majlis pelancaran memperkenalkannya sebagai wajah baru kempen produk baru, ‘InnerShine Pati Prun dengan buah Camu Camu’, bertempat di hotel Grand Millinieum, Kuala Lumpur, petang semalam.

IMG_9033(1)Izara yang amat menawan, cukup melambangkan konsep Innershine Pati Prun dengan Camu Camu – seorang wanita moden yang percaya akan pentingnya kulit yang lembut, berseri dan semula jadi sebagai rahsia di sebalik kecantikannya.

Dalam pada itu, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Vanilla Coklat ini, berkata sejak mengamalkan meminum Innershine beberapa bulan lalu, banyak perubahan ketara yang dirasai terutama pada kulitnya dan rasa diri lebih bertenaga.

“Saya seorang yang cukup sibuk dengan penggambaran, jadual saya padat dan memang sangat penat. Tapi sejak minum InnerShine, saya rasa sentiasa ada tenaga. Tengoklah kulit saya ni, dah tak nampak kusam. Masalah jerawat pun dah kurang. Setiap hari saya amalkan minum InnerShine. Dan saya memang sangat obses dengan InnerShine”, katanya yang menandatangi kontrak selama setahun. IMG_8989(1)

- mD

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.