«

»

Oct
20

SCHA TERTEKAN DITUDUH MENCURI DI GEDUNG H&M

 

 KUALA LUMPUR – Pada bulan September lalu, kecoh di dunia hiburan seni tanah air apabila gosip pasangan artis yang mencuri sepasang baju bernilai RM2,000 di sebuah gedung terkemuka, H&M tersebar meluas.

Kes kecurian itu dilaporkan berlaku pada hari pelancaran pembukaan gedung itu di ibu kota.

Gosip tersebut juga mengatakan pasangan artis yang baru sahaja mendirikan rumah tangga adalah pihak yang bertanggungjawab yang melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

Nama pasangan artis yang diheret dalam kes tersebut adalah Scha Al-Yahya dan suaminya, Awal Ashaari.

Berikutan gosip dan nama mereka dikaitkan, Scha mengakui tertekan dengan cerita itu dan reputasinya sebagai pelakon tercalar.

“Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.

“Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.

“Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar,” kata Scha yang dipetik dari mStar Online.

Untuk menyelesaikan masalah yang melanda hidupnya dan Awal, Scha sendiri telah pergi menemui pengurus gedung itu untuk sama-sama membersihkan nama mereka.

Namun, Scha hampa apabila pihak gedung H&M enggan memberikan kerjasama dalam hal yang mungkin memberikan kesan periuk nasinya.

“Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.

“Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.

“Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

2 comments

No ping yet

  1. Jubah Fesyen says:

    Baru jer semalam famili saya sembang pasal nie… hari nie jumpa
    blog awak … tahniah atas penerangan yg bermanafaat nie..

  2. Rahsia Hebat Diranjang says:

    Saya tak sangka yang boleh dari Msia juga setanding dgn blog dari luar.
    Tahniah blogger Msia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.