«

»

Oct
16

TARIKH ISTIMEWA FARID, DIANA

 

PETALING JAYA, Pelakon dan pengarah, Farid Kamil membuat satu kejutan apabila mengumumkan bakal bernikah dengan pelakon Diana Danielle pada 3 November ini.

Farid yang bertunang dengan Diana pada 2 September lalu membuat kejutan itu sempena pelancaran filem arahannya Pe3 yang diadakan di pawagam TGV Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini, semalam.

Menurutnya,  dia sengaja membuat pengumuman itu bagi berkongsi berita gembira itu bersama wartawan dan peminat yang hadir menyaksikan tayangan filem itu.

“Selepas mendapat restu daripada kedua ibu bapa, saya memilih 3 November depan sebagai tarikh pernikahan. Kami memilih lokasi  tasik di Hotel Flamingo, Ampang bagi melaksanakan pernikahan itu,” katanya.

Farid berkata,  segala persiapan dirancang awal sebelum mereka melangsungkan pertunangan lagi.

“Saya akui berdebar sejak kali pertama kami bertunang. Kami sengaja pilih November kerana ia adalah bulan kelahiran Diana iaitu pada 21 November. Justeru pada tarikh lahir Diana persandingan diadakan di Ampang.

“Manakala persandingan di pihak saya Insyallah akan berlangsung pada Disember ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.