«

»

Jul
31

AIZAT SAMBUNG BELAJAR DI LONDON

Muhammad Aizat Amdan, 23, penyanyi lelaki yang popular dengan lagu ‘Pergi’, bakal mengambil kursus jangka pendek dalam bidang muzik di London selepas Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Aizat yang akan menyambung pengajiannya selama dua bulan di sana bertujuan untuk memantapkan pengetahuannya dalam bidang muzik.

Selain itu, keinginannya untuk menyambung pelajaran adalah untuk belajar dengan lebih mendalam mengendalikan peralatan moden dan canggih di studionya.

“Saya sudah lama merancang untuk menyambung pengajian ini.

“Saya juga memilih sekolah muzik di sana kerana ia menyediakan pengajian berhubung teknik muzik elektronik dan pensyarahnya juga terdiri daripada golonga muzik profesional,” kata Aizat yang dipetik dari akhbar Berita Harian, hari ini.

Seperti kebanyakan artis yang mengambil peluang untuk berehat di bulan Ramadhan, Aizat juga mengambil pendekatan untuk tidak banyak menerima tawaran menyanyi di bulan suci ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.