«

»

Jul
25

SHAHEIZY SAM TERUJA RAI RAMADHAN

Dalam kesibukan kerja sebagai pelakon popular, Shaheizy Sam juga tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta di bulan Ramadhan tahun ini. Masa ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh beliau untuk menjalani aktiviti-aktiviti amal sepanjang bulan mulia ini bersama keluarga.

“Sudah beberapa tahun saya terpaksa menjalani penggambaran ketika bulan puasa, namun Alhamdulillah tahun ini saya tidak terikat dengan sebarang tawaran lakonan. Bagi saya, bulan Ramadhan adalah masa untuk saya relaks selain dapat mencuri masa berbuka puasa dengan keluarga. Kalau nak difikirkan kerja, sampai tua pun tak habis,” ujar Bintang Popular ABPBH 2010 ini.

“Selain itu, saya juga tak pernah berpeluang untuk berbuka puasa dengan peminat saya sebelum ini, jadi saya merancang untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa khas buat peminat saya. InsyaAllah, majlis untuk 300 tetamu ini akan diadakan pada 11 Ogos depan di bangunan MIG.

Menyentuh mengenai juadah berbuka puasa kegemarannya, Sam memberitahu, “Saya wajib beli kuih tepung pelita, ikan bakar, cucur udang serta ayam percik di Bazar Ramadhan Taman Melawati,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.