«

»

Jul
24

NURUL AJAR ERIC PUASA DAN SOLAT TARAWIH

Penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Wahab gembira dapat menjalani ibadah puasa bersama suami barunya pada tahun ini, selepas menyandang status isteri untuk kali kedua.

Nurul yang  telah pun bernikah dengan Eric Daniel Depp baru-baru ini, menyatakan dia mahu mengajar suaminya itu untuk berpuasa sepanjang Ramadhan ini.

“Sambutan Ramadan ini amat bermakna buat saya kerana dapat semula menjalankan ibadah puasa bersama suami, Eric, selepas kembali hidup solo selama lima tahun.

Mengetahui tanggungjawab sebagai Muslim untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T di bulan puasa ini, Nurul tidak akan ke mana-mana memandangkan ingin memberi sepenuh perhatian untuk beribadah.

Malah, dia dan Eric juga akan menunaikan solat sunat Tarawih bersama-sama sepanjang Ramadhan ini.

“Sepanjang puasa ini, kami tidak pergi ke mana-mana kerana saya mahu memberikan tumpuan penuh kepada bulan yang mulia ini.

“Bagi melengkapkan lagi sambutan Ramadhan tahun ini, kami berdua akan mengerjakan solat tarawih bersama-sama,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.