«

»

Jul
07

DATO SITI NURHALIZA NAIK GAJAH SAMBIL MENYANYI

KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Sempena perasmian pembukaan Sukan Malaysia 2012 (Sukma 2012) yang bakal diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, esok malam, penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza Taruddin dikatakan bakal membuat satu kejutan besar.

Difahamkan, penyanyi yang sibuk mempromosikan produk Simply Siti buat julung kalinya akan menyanyi sambil menaiki seekor gajah.

Siti Nurhaliza yang banyak kali mengadakan persembahan di majlis perasmian seumpama ini melakukan satu inisiatif baru kerana penganjuran pembukaan perasmian kali ini mendapat usahama dari syarikat miliknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Production (SNP).

Oleh itu, pada malam itu nanti, Siti Nurhaliza ingin meninggalkan satu memori bersejarah buat penggiat sukan negara dengan melakukan persembahan berani.

Mungkin, ia satu pendekatan yang diambil oleh Siti dari penyanyi lagenda Datuk Sudirman Hj Arshad yang menyanyikan lagu Tanggal 31 dengan mengenakan baju bendera yang panjang berjelar.

Menerusi segmen persembahan pada malam itu nanti, Siti bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertemakan sukan yang mana lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang dicipta khusus buat pejuang sukan negara.

Upacara gilang-gemilang ini akan disiarkan secara langsung di RTM pada jam 9 malam esok (7 Julai 2012).

Leave a Reply

Your email address will not be published.