«

»

Apr
28

FASHA DAN JEJAI AKHIRNYA SAH SEBAGAI SUAMI ISTERI

KUALA LUMPUR – Kalau jodoh tidak ke mana. Itulah yang terbaik bagi menerangkan kisah cinta Nur Fasha Sandha Hassan, 28, (Fasha) dan Rizal Ashram Ramli, 36, (Jejai).

Dengan dua kali lazaf dalam majlis nikah di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur  malam tadi, Fasha sah dari segi syarak menjadi milik Jejai.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad.

Majlis malam tadi diadakan agak sederhana dengan dihadiri sekitar 250 tetamu.

Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 tetapi enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum.

Fasha juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.

Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan.

Kedua pasangan pengantin mengenakan pakaian nikah berwarna putih.

Selepas ini, pasangan ini dikhabarkan akan berbulan madu di Pulau Redang.

Tahniah kepada pasangan ini yang pernah berpisah sebelum kasih mereka bertaut kembali sehingga jinjang pelamin malam tadi.

Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.