«

»

Apr
14

FASHA SANDA NIKAH 27 APRIL

Akhirnya tarikh pernikahan antara Fasha Sandha dengan Jejai atau Rizak Ashram Ramli ditetapkan untuk berlangsung pada 27 April ini.

Menurut laporan Harian Metro, pernikahan kedua pasangan itu dijadual untuk berlangsung pukul 8.30 malam di salah sebuah hotel ternama di ibu negara, namun lokasi sebenar dirahsiakan.

“Saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya.

Ia juga dirancang diadakan secara tertutup dengan hanya sekitar 300 tetamu dijemput untuk hadir ke majlis pernikahan berkenaan.

Namun, tiga lagi majlis resepsi lain akan diadakan yakni di kampung halaman Fasha di Perlis di mana 1,000 tetamu dijangka hadir dan satu lagi resepsi di luar negara (dirahsiakan) hanya melibatkan kenalan terdekat sekitar 200 orang.

Selain itu, Fasha juga akan mengadakan satu resepsi di rumah barunya di Ampang.

Kata Fasha, kad perkahwinannya telah siap dicetak dan akan diedarkan tidak lama lagi.

Fasha dinobatkan Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang lagi artis, Nora Danish namun jodoh mereka tidak kekal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.