«

»

Dec
26

AKTOR TERKENAL DUNIA ROBERT DE NIRO MENDAPAT CAHAYAMATA PADA USIA 68 TAHUN

Siapa yang tidak kenal pada aktor Robert de niro yang selalu membawa watak gangster dalam filem-filem lakonan beliau dan selalu mendapat kutipan box office seperti The Godfather, Ronin dan pelbagai lagi bagi mereka yang minat filem aksi pasti mengenali beliau.

Apa yang dRS ingin kongsikan ialah beliau baru-baru ni mendapat cahayamata bayi perempuan hasil perkahwinan beliau dengan isterinya yang bernama Grace hightower pada usia beliau 68 tahun dan isteri beliau pula berumur 56 tahun, aktor pemenang oscar itu di lihat semakin kacak dan masih ramai penerbit filem yang mahukan khidmat beliau untuk filem-filem bercorak aksi dan selalunya beliau di gandingkan dengan aktor terkenal juga iaitu Al-Pacino di dalam filem Ronin contohnya.

Perbezaan filem lakonan beliau ialah pengarah tidak menggunakan efek atau kesan khas tetapi kesemuanya menggunakan kepakaran stuntman dan ini yang membuatkan penonton berasa seronok menonton aksi pelanggaran, letupan, sebenar di lokasi dan beliau sering terlibat dengan filem sebegini.

AYuh kita lihat antara filem yang di bintangi oleh Robert De niro dalam Ronin yang penuh dengan aksi sebenar tanpa kesan khas !

Tahniah dRS ucapkan pada beliau dan Selamat menjadi seorang bapa yang baik ya!
Lasak di dalam filem tetapi penyayang di luar filem.

Leave a Reply

Your email address will not be published.