«

»

Nov
28

TOLAK TAWARAN BERLAKON KERANA ENGGAN BUKA TUDUNG !

Bagi orang lain dRS tidak pasti tapi bagi dRS ini sesuatu yang amat dRS puji kerana pendirian Noorkhiriah yang tidak mahu membuka tudung bila di kehendaki oleh produksi supaya membuka tudung untuk telefilem yang akan datang.

dRS puji kerana keazaman penuh atas hijrah beliau dari tidak bertudung kepada bertudung dan sebagai orang islam beliau benar-benar mempertahankan keislaman beliau.

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Semoga ianya menjadi ikutan pada artis yang lain dan tidak semestinya tidak bertudung rezeki semakin berkurang sebab yang memberi rezeki adalah Allah melalui hamba-hambanya sesuai dengan kemampuannya dan jalan kehidupannya.

2 comments

No ping yet

  1. ju says:

    Tahniah Noorkhiriah, penghijrahan yang sangat baik. Semoga menjadi muslimah yang sejati:)

  2. ayu says:

    Alhamdulillah,kini lebih ramai artis wanita yg mengenakan jilbab.Tahniah atas penghijrahan noorkhiriah dan tegas membuat keputusan dalam mengekalkan aurat.ayu berdoa semoga suatu hari nanti, noorkhiriah akan menutupi aurat sepenuhnya. insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.