«

»

Nov
17

CINTA MUKA BUKU HARITH ISKANDAR DAN JEZAMINE LIM ?

Pasti anda pernah mendengar lagu Cinta Muka Buku yang di bawakan oleh penyanyi baru yang sedang meningkat naik Najwa Latif yang menjadi siulan anak remaja masa kini, tapi kali ni bukan dRS mahu bercerita mengenai Najwa Latiff tetapi pelawak serba boleh yang versatile Harith iskandar yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Jezamie lim seorang doktor kacukan india dan cina.

Apa yang menariknya mereka berkenalan dan bercinta hanya melalui laman muka buku iaitu Facebook dan seterusnya menjadikan hubungan tersebut serius dan akhirnya kedua pasangan ini berkahwin dengan hantaran berjumlah Rm50 ribu.

Mereka telah pun bernikah sekitar tahun 2010 dan mereka telah menyembunyikan perkahwinan mereka dari umum hingga jezamine telah mengandung 6 bulan sekarang ini barulah mereka mewar-warkan perkara sebenarnya, kenapa mereka menyembunyikan dari pengetahuan kita semua dRS tidak pasti.

Apapun semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu, Ayuh kita lihat foto-foto mereka berdua :

2 comments

No ping yet

  1. jaja says:

    tahniah jaja ucapkan….semoga kehadiran orang baru lebih berseri rumah tangga Harith iskandar dan isteri….

  2. ju says:

    Semoga berbahagia:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.