«

»

Nov
16

YANA SAMSUDIN BERCINTA LAGI ?

Jika dulu Yana Samsudin di kaitkan dengan gosip percintaannya dengan aktor terkenal tanahair Pierre Andre dan juga Shaheizy Sam, tapi itu kisah dulu kini Yana Samsudin di katakan bercinta dengan adik kepada seorang artis lelaki !

dRS tidak dapat memberi clue atau pembayang siapakah gerangan lelaki tersebut, apapun dRS harap percintaan kali ni akan memberi kebahagiaan buat mereka berdua, Anda ada clue tersendiri siapakah adik kepada artis lelaki tersebut ?

Yana Samsudin 23 tahun merupakan seorang pelakon baru yang berbakat besar dan sering membintangi beberapa buah filem antaranya Bini-bini ku gangster, akan datang filem 8 jam yang bercorak aksi mempertahankan diri dan banyak lagi.

Biarpun masih baru dalam dunia lakonan Yana memperlihatkan lakonan mantap dan bersahaja setiap watak yang di berikan, syabas dRS ucapkan pada beliau dan jangan lupa jemput dRS makan nasi minyak nanti ya !

Ayuh kita lihat trailer filem aksi yang berjudul 8 JAM :

Leave a Reply

Your email address will not be published.