«

»

Nov
15

NEELOFA PASANG DUA BODYGUARD ?

Wah semenjak menjadi femes ni Artis Wanita paling cun-melecun Neelofa 22 tahun dah mula pasang dua orang bodyguard, kenapa Neelofa menggunakan khidmat bodyguard ? Ayuh kita selongkar.

Khabarnya Neelofa mendapat ancaman dari seseorang, siapakah individu terbabit beliau merahsiakannya, ermmm..kenapa sampai begitu sekali ya ? Neelofa yang baru sahaja selesai pengambaran filem Azura 2011 kini berasa keselamatan dirinya agak terancam.

“Pada awalnya saya memasang 2 orang bodyguard agar mereka dapat menjaga keselamatan saya. Kini, saya hanya menggunakan seorang bodyguard setelah keadaan sekeliling semakin reda,”

Menurut Neelofa lagi beliau menggunakan wang hasil titik peluh sendiri untuk mengupah bodyguard, tiada sesiapa yang taja. dRS harap tiada perkara yang tidak di ingini berlaku pada beliau, biasalah asam garam dunia artis.

Neelofa kini terlibat dalam 4 buah filem iaitu ‘Azura 2011′, ‘Rentaz’, ‘Lemak Kampung Santan (baru habis penggambaran) dan ‘Saya Amat Mencintaimu (SAM)’.
dRS doakan Neelofa terus maju sukses dan menjadi artis wanita terunggul dan di gemari ramai.

Ayuh kita lihat sedikit sedutan dari filem Azura 2011 di samping Shah jazley yang akan menemui penonton tidak lama lagi :

1 comment

No ping yet

  1. ju says:

    Mudahan tiada apa yang berlaku pada Neelofa, semoga dia selamat…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.