«

»

Oct
29

GAME UPIN & IPIN YANG PASTI GEMPAQ !!

Setelah hampir 4 tahun watak Animasi Upin & Ipin yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les’ Copaque di Malaysia dan juga popular di negara jiran Indonesia kini Upin & ipin di keluarkan untuk dijadikan Game setanding dengan game-game yang popular di internet dan juga di PlayStation.

Apa yang menariknya Game tersebut menggunakan sepenuhnya penggunaan bahasa malaysia dan Permainan desktop yang pertama dikenali sebagai Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan, yang mana lebih ditujukan kepada para peminat kanak-kanak. Melaluinya, ia lebih membawakan corak permainan berunsurkan pendidikan, dimana melaluinya ia menjana kreativit dalam menyelesaikan sesuatu masalah, selain pada masa yang sama menyertakan beberapa pemasalahan matematik padanya.

Nampaknya Malaysia mula mengorak langkah dalam bidang permainan di PC dan juga di PlayStation, apapun ianya sesuatu yang sihat dan dapat mengembangkan minda anak-anak kecil untuk cepat belajar dan sudah pastinya kanak-kanak tidak akan rasa boring untuk belajar !

Di samping pembelajaran permainan bercorak aksi juga akan di keluarkan dengan mengikut jalan cerita di dalam filem Laksamana Upin dan Ipin yang akan di tayangkan tidak lama lagi dan berdasarkan filem ini permainan tersebut nanti adalah mengikut jalan cerita sebenar seperti di dalam filem, wah menarik idea ni.

dRS ucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah di atas terhasilnya permainan Upin Ipin dan Kawan-kawan..cuma Buat masa ini kedua-dua permainan ini masih lagi pada peringkat pembangunan.



BETUL! BETUL! BETUL!

3 comments

No ping yet

  1. ju says:

    ermmm betul..betul..betul..cayalah upin & ipin..

  2. mia liana says:

    wow! bagus ni. sesuai untuk Sofea…

  3. naya shifa kurniadi says:

    aku mau main upin ipin

Leave a Reply

Your email address will not be published.