«

»

Sep
07

TEMUI DDR DI DATARAN MERDEKA SEMPENA HARI 1MALAYSIA 16 SEPT INI

“DDR akan bersama tokoh-tokoh lain pada hari sambutan ini dan bersama rakyat Malaysia meraikan hari kemerdekaan dan hari Malaysia,”

OH ! MALAYSIA KU

Pasti anda akan terkejut dengan apa yang baru dRS katakan tadi, untuk pengetahuan semua dRS akan berada bersama tokoh-tokoh negarawan lain sempena hari 1Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi Di Dataran Merdeka 16 sept hari Jumaat bersamaan dengan 18 syawal 1432 hijrah.

DATARAN MERDEKA KUALA-LUMPUR

Pemilihan dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia itu, Dato Seri Dr Rais Yatim adalah berdasarkan kepada sumbangan dRS ke arah perpaduan dan kejayaan tranformasi negara dan dRS akan dibawa menaiki kenderaan khas yang akan disediakan.

DATO SERI Dr RAIS YATIM

Bagi dRS ini merupakan suatu penghormatan terbesar dari kerajaan Malaysia yang telah memandang segala hasil usaha dRS menyatupadukan bangsa dan juga sering mewar-warkan 1Malaysia selama ini, dari dulu kini dan selamanya dRS berjuang demi bangsa negara dan agama kini tercapai sudah.

 

PRESIDEN dRG DATUK dR.ROZMEY CHE DIN

Sekiranya anda berkesempatan boleh bertemu dengan dRS di Dataran Merdeka Kuala-lumpur pada 16 sept ini nanti, yang pastinya produk-produk dRS juga adalah produk kegemaran nombor satu pilihan rakyat 1Malaysia.

TERIMA KASIH MALAYSIA ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published.