«

»

Aug
27

KUMPULAN SEPAH SAH BERPISAH !!!

dRS rasa terkejut dengan apa yang telah berlaku pada sebuah kumpulan yang di nobatkan sebagai juara Maharajalawak kini telah berpecah !!

Sepah yang terdiri dari Shuib, Mamat dan Jepp begitu popular di antara kesemua peserta Maharajalawak dengan kata-kata keramat mereka “Baik punyer”
Kini segalanya hanya tinggal kenangan kerana mereka telah pun mengumumkan kumpulan mereka tidak lagi sehaluan.

Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku ? apakah setelah memiliki kemewahan dan akhirnya melupakan peminat yang selama ini menyokong mereka mengundi melalui sms, tidak ubah seperti kacang lupakan kulit !!!

dRS cuba mendapatkan penjelasan mereka :

Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-

” Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib.
Kata Shuib :-

” Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini “

Apakah begini resam dunia artis, asal femes saja lupa peminat, asal femes lupa peminat!

jika begini caranya sampai bila pun industri kita tidak akan ke mana !! – dRS.

 

1 comment

No ping yet

  1. zairey says:

    salam…alamak xkan nak berpecah kot..tringat lagi kata2 akhir dari Datuk Yahya sulong smsa sepah bertemu beliau sebelum ptandingan akhir Raja Lawak…beliau ada berkata..Kumpulan SEPAH jangan berpecah..kalau berpecah xakan kemana..ntahla..mendoakan terbaek dari mereka bertiga..apa2 pown berharap sgt2 kalau ad persembhan2, mereka digabungkan kembali bersama..baru mantop..

Leave a Reply

Your email address will not be published.