«

»

Aug
23

AaRON AZIZ IKUT JEJAK IBRAHIM PENDEK KE HOLLYWOOD ?

Jika dulu dRS pernah menyiarkan kisah artis veteran Ibrahim pendek pernah berlakon di hollywood bersama Rock Hudson dalam filem the spiral road tahun 1962, kini giliran Aaron Aziz pula bakal berlakon dalam sebuah filem hollywood yang berjudul The little prince dan bergandingan dengan pelakon hollywood Michael madsen yang pernah berlakon dalam filem Kill Bill, Free Willy dan pernah muncul dalam siri popular CSI Miami.


AARON AZIZ

.
M
ICHAEL MADSEN

Azron Aziz yang kini berada di mekah mengerjakan umrah telah menolak apa saja tawaran berlakon kerana ketika bulan ramadan ini beliau mahu menghabiskan masa dengan beribadah kepada Tuhan, desas-desus mengatakan Aaron Aziz akan berlakon di dalam filem hollywood tersebut setelah beliau berada di mekah dan sudah pasti antara tawaran yang tidak mungkin di tolak begitu saja oleh Aaron aziz.

Apapun kita berbangga kerana seorang lagi pelakon melayu akan melakar sejarah menjadi pelakon undangan di hollywood dan watak yang akan di berikan kepada Aaron Aziz ialah sebagai pembunuh upahan dan berkhidmat kepada Michael madsen.

Sama-sama kita saksiukan dan di bawah ini antara lakonan Michael madson yang akan bergandingan dengan Aaron Aziz, anda saksikan :

Leave a Reply

Your email address will not be published.