«

»

Jul
30

Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia pukul 5 pagi tadi !!

Al-fatihah dan Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ashraf Hafiz Aziz yang menghembuskan nafas terakhir beliau di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, jam 5 pagi tadi.

Allahyarham pernah mengejutkan negara dengan keinginannya mahu menukar nama dari Ashraf Hafiz Aziz kepada Aleesha Farhana dan pihak mahkamah menolak permohonan beliau seterusnya beliau di katakan mengalami kemurungan yang amat
teruk.

Menurut bapa beliau anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”, Katanya lagi, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah Allahyarham akan dikebumikan.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Semoga kehadiran ramadhan yang mulia ini Allah akan mengampunkan segala salah dan silap beliau dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh, Amin….

‘ Dari dia kita datang dan kepadanya kita akan kembali ‘

2 comments

No ping yet

  1. qass says:

    Al-fatihah…semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Kuasa.Takziah juga diucapkan kepada ahli keluarga allahyarham…

  2. L-VES says:

    Al-fatihah…semoga Allahyarham Ashraf ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…

Leave a Reply

Your email address will not be published.