«

»

Jul
29

PAK NIL SELAMATKAN NYAWA PEMINAT ??

Wah dRS terkejut dan dalam masa yang sama dRS tabik pada Pak Nil atau Aznil Haji Nawawi yang telah berjaya menyelamatkan nyawa pendengar beliau atau peminat beliau dari cubaan membunuh diri, apa kisahnya ?

Pak Nil baru-baru ni telah menerima sms dari seorang lelaki kepada segmen merisik khabar riuh pagi era dan di dalam mesej tersebut lelaki berkenaan mahu membunuh diri gara-gara berhutang dengan Along sebanyak rm1000 dan gagal melunaskan hutang beliau lebih dari 8 bulan yang lalu.

Lantas dengan tindakan pantas Pak Nil beliau dengan bermurah hatinya menghadiahkan rm1000 kepada lelaki tersebut agar dapat membayar hutang tersebut dan sekaligus niat mahu membunuh diri lelaki tersebut telah berjaya di selamatkan oleh Pak Nil.

Wah hebat dan seharusnya di berikan pujian kepada Pak Nil dan menurut beliau wang bukanlah segalanya tetapi nyawa itu lebih penting. kepada peminat-peminat dRS di luar sana hati-hati bila mahu berhutang dengan Along.

Peasanan ikhlas dari dRS

1 comment

No ping yet

  1. qass says:

    Tahniah pak nil…atas keikhlasan hati pak nil,sekurang-kurangnya nayawa seorang insan dapat diselamatkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.