«

»

Jul
04

KONFLIK ANTARA SKOP PRODUCTION DENGAN PEKIDA !!

Baru-baru ni negara di kejutkan dengan kontroversi filem KL Gangster yang di katakan menggunakan perkataan-perkataan yang sering di gunakan oleh Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia atau Pekida telah membuatkan orang kuat skop datuk yusof haslam di minta meminta maaf secara terbuka oleh pihak Pekida.

Dan baru-baru ini satu Majlis Kesyukuran dan Musyarawah di antara Skop Production dengan Pekida telah berlangsung, Datuk Yusof Haslam telah memohon maaf dan menyatakan bahawa beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang berlaku tiada kena-mengena dengan menjatuhkan atau membuka rahsia-rahsia Pekida yang menggunakan perkataan seperti Ayahanda, Abang Long, Abang Kawasan dan pelbagai lagi kata nama yang di katakan mengguris ahli Pekida.

Turut hadir pada majlis itu ialah Syamsul yusof, David teoh dan juga krew-krew dari skop production sendiri, dRS suka dengan kenyataan dari Datuk yusof haslam dengan menyatakan setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya dan bukan dengan mencari kenapa iainya berlaku tetapi hikmah di sebaliknya.

Apapaun dRS ucapkan syabas kepada kedua-dua belah pihak yang mencapai kata persetujuan dan berdamai dan inilah contoh yang pihak lain harus ikut, setiap yang berlaku haruslah melalui cara diplomasi dan bukan dengan bertindak melulu.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.