«

»

Apr
05

AMY SEARCH BAKAL PENGETUA, PAKNIL PENGACARA AF9

dRS dengar desas-desus khabarnya Amy Search bakal dilantik menjadi pengetua AF9 dan Aznil yang akan kembali menjadi pengacara setelah berehat beberapa musim. Nampaknya AF9 yang merupakan AF terakhir akan menjadi satu lagi fenomena dunia hiburan tanahair yang paling prestij sekaligus menjadi program realiti TV paling Gempak !


dRS juga difahamkan ujibakat kali ini boleh juga dibuat melalui video atau ujibakat secara online dan cara sebegini lebih mudah cepat dan senang bagi yang tak berkesempatan hadir di ujibakat yang diadakan di beberapa buah negeri.

Apapun bagi dRS pemilihan Amy Search sebagai pengetua memang bertepatan kerana penglibatan Amy di dalam industri muzik tanahair sejak sekian lama dan sememangnya beliau layak menjadi pengetua dan begitu juga dengan Aznil merupakan pengacara yang berkaliber, dua gandingan mantap ini pasti memberi suatu impak yang hebat unutk AF9.

1 comment

No ping yet

  1. qass says:

    Gandingan mantap antara pengetua & pengacara…AF9 kembali ceria dgn kehadiran pak nil…peeewiiittt…

Leave a Reply

Your email address will not be published.