Sep
29

ADI PUTRA BAKAL TUNAIKAN HAJI

Selepas Afdlin Shauki dan Jamal Abdillah dikhabarkan akan ke tanah suci bagi menunaika haji, terbaru giliran pelakon kacak Adi Putra pula akan menyusul dalam masa terdekat ini.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Adi menerusi laman Instagramnya.

Berdasarkan apa yang ditulis, pelakon filem ‘KL Gangster’ ini memohon agar dimaafkan segala salah silap serta dihalalkan makan minumnya.

Sementara itu, pelakon dan penerbit filem dan TV, Afdlin Shauki akan mengerjakan haji bersama ibunya, Fazilah Jailani, 67, bersama kumpulan terakhir jemaah haji yang akan berlepas, pada Isnin (hari ini).

Manakala Raja Pop Datuk Jamal Abdillah telah berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 26 September lalu.

Semoga segala amal ibadat ketiga-tiga selebrit ini dipermudahkan, mendapat keberkatan dan keredaan Allah serta pulang membawa Haji yang mabrur. – mD

Sep
28

Liyana Jasmay Ingin Teraju Bisnes Fesyen Muslimah

Pelakon Liyana Jasmay memberitahu kerjasama sulung bersama butik Bella Ammara menerusi rekaan jubah Bella Liyana Collection atau #BellaLiyana01 membuatkan dia ingin cuba menerajui di bidang fesyen pula.

Liyana berkata, sepanjang dua minggu menghasilkan busana tersebut bersama Bella Ammara, dia dapat merasakan keseronokan dalam mereka pakaian.

“Ini merupakan kerjasama pertama saya dengan butik Bella Ammara menghasilkan pakaian Muslimah.

“Sekiranya berjaya, mungkin kami akan menghasilkan rekaan lain pula. Bagi saya ini adalah satu permulaan buat saya menerajui bidang fesyen Muslimah,” katanya.

Sementara itu, mengenai jubah Bella Liyana, ia mempunyai 10 warna berbeza seperti kelabu, hijau, merah jambu, jingga dan merah.

“Menariknya pada bahagian atas jubah terdapat jahitan gabungan ‘tweed lace’ dan ‘beadswork Swarovski’.

“Ia agak ringkas tapi mewah,” ujarnya.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Ia dijual dengan harga hanya RM294.

Dalam perkembangan lain, Liyana turut merancang untuk membuka kedai jualan pelbagai barangan yang dipanggil Mermaid Store. Ia akan dibuka di Desa Melawati pada November depan. – mStar Online

Aug
14

Pelawak Veteran Maidin Ibrahim Meninggal Dunia

Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu, meninggalkan seorang balu, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga orang cucu.

Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth itu mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung.

-mD

Aug
06

Dunia Artis Jadi Punca Johan As’ari Lupa Diri

Pelakon Johan As’ari mendedahkan dunia artis yang diceburinya telah membawa kemudaratan sehingga menyebabkan dia lupa diri dan meninggalkan solat.
Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 28, berkata, selepas drama pertamanya berjudul Juvana dan Cinta Elysa mendapat sambutan hangat daripada penonton, dia mula mengabaikan diri terhadap perintah Allah.

“Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

“Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya,” katanya dalam satu kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online, pada Selasa.

ohan ketika ini berada di Krabi, Thailand kerana menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.

Dalam pada itu kata Johan, kemewahan dan kehidupan dunia glamor yang diraihnya selama ini membuatkan jiwanya berasa kosong selain hati tidak tenang berbanding sebelum bergelar artis.

Bagaimanapun dia tiba-tiba didatangi perasaan insaf dan sedar terhadap kealpaan itu ketika menjalani penggambaran drama di Krabi yang mana ia itu turut dikongsi dalam Instagram miliknya pada pagi Selasa.

“Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

“Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

“Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar,” katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya berusaha untuk mengimbangkan antara kerjaya seninya dan tuntutan akhirat. – mStar

Jul
07

Hijrah selebriti: ‘Perlu seimbang luaran, dalaman’

NAMA penceramah selebriti ini bukanlah asing dalam industri seni tempatan. Malah beliau sentiasa menjadi tumpuan ke mana sahaja kakinya melangkah.

 Meskipun komitmennya dalam bidang ilmu agama memerlukan beliau fokus kepada bidang pilihan, namun setiap perubahan yang berlaku di dalam industri seni tidak pernah diketepikan.

 Begitulah pendirian Ustaz Kazim Elias, baginya, sebagai seorang penceramah juga perlu mengikuti setiap isu tidak kiralah berkaitan artis, masyarakat dan negara.

 Kerana itu, penghijrahan selebriti ke arah kebaikkan turut mendapat perhatiannya. Pesannya, dalami ilmu agama secukupnya bukan sekadar berubah penampilan semata-mata. Dan penghijrahan itu diharap bukanlah sekadar luaran sahaja sebaliknya biarlah seimbang dengan dalaman.

 “Perubahan positif dalam kalangan selebriti sebenarnya sangat bagus, tetapi hendaklah dipastikan ia bukan kerana ‘trend’ semata-mata,” tegasnya pada sidang media program Kembara U.K.E di Berjaya Times Square baru-baru ini.

 Akui penceramah yang terkenal dengan program Kalau Dah Jodoh ini, bukan mudah menjadi ustaz dan ustazah sementelah tiada istilah ‘ustaz atau ustazah segera’ di dunia ini.

 “Bukan bererti memakai tudung atau baru mendalami ilmu agama kita sudah boleh memberi ceramah kepada masyarakat.

 “Jika tidak betul info yang hendak disampaikan, pasti memburukkan keadaan,” katanya.

 Tambah Ustaz Kazim, pengaruh selebriti yang sering dianggap ikon atau idola oleh peminat juga memerlukan selebriti ini lebih berhati-hati selepas berhijrah.

 “Adakala kerana terlalu obses dengan selebriti, apa yang dilakukan mereka sentiasa menjadi ikutan, walhal mereka tidak sedar ada sesetengah perkara yang dilakukan kurang sempurna dan ini boleh menjejaskan pengikut mereka,” katanya hampir lima tahun melibatkan diri bersama selebriti dan cuba mendekati mereka untuk berkongsi ilmu.

 Katanya lagi, lebih memburukkan keadaan apabila media sosial yang sedia ada menyebarkan segala perlakuan dan tingkah laku golongan tersebut di Facebook, Twitter mahupun YouTube dalam masa beberapa saat sahaja.

 “Apapun, saya harap peminat dan masyarakat tidak menghukumi mereka dengan mudah, sebaliknya sama-samalah kita menegur atau menasihati dengan cara yang lebih lembut,” katanya.

- SH Online

Jul
05

SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau ‘paru-paru berparut’.

Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini pada Sabtu.

- SH Online

Jul
02

RASA DIRI LEBIH LENGKAP SETELAH BERHIJAB – NEELOFA

Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.

Hal tersebut disahkan sendiri oleh pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer

Bercakap kepada sebuah portal berita, Shawn berkata, Neelofa, 25, membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

Sementara itu, Neelofa pula dalam satu kenyataan rasminya berkata dia berasa dirinya kini lebih lengkap setelah mengambil keputusan tersebut.

“Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya’

Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan daripada orang diluar sana , peminat peminat, keluarga terutama mama saya’

Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadhan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya

(Bila ditanya apa yang neelofa rasa sekarang?) ” i feel like it completes me”

“Saya mengharapkan orang diluar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan” – NOOR NEELOFA MOHD NOOR.

- mD

Jun
26

ISTERI BELUM SEDIA TIMANG ANAK, JEHAN MISKIN AKUR

Pelakon Jehan Miskin terpaksa akur dengan kehendak isterinya Julie Camelia Rhee, 30, yang tidak bersedia untuk memperoleh anak buat sementara waktu.

Jehan, 35, berkata, isterinya yang merupakan warga Korea itu ingin menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang seibu.

“Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu.

“Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama,” katanya.

Tambah Jehan, dia mengakui berasa lebih bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.

Malah dia juga semakin serasi dengan budaya negara Korea sejak mengenali keluarga isteri. – Mstar online

Jun
25

LANGGAR PANTANG KERANA BOSAN – Lisdawati

 

“Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langgar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya.

“Sebelum ini ketika sarat mengandung saya ada juga datang untuk memeriahkan perlawanan boling yang dianjurkan mereka,” itu kata Lisdawati ketika ditemui pada majlis pelancaran Kosmetik Fesyen Pertama Malaysia, Airish Miracle, bertempat di Hotel Royal Chulan.

Meskipun belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun kembali aktif.

Isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini selamat bersalin anak ketiganya yang diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus pada 14 Jun lalu di Hospital Selayang.

Lisdawati bagaimanapun berkata dia masih percaya dan sedang mengikuti proses berpantang selama sebulan. Tetapi, dia tidak mahu terlalu mengikut keadaan dan sering keluar apabila rasa sihat.

“Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan.

“Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah,” katanya sedang menunggu tawaran berlakon dan tidak merancang untuk berehat panjang selepas bersalin.

- mD

Jun
05

DIANA DANIELLE DILARANG HAMIL

Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun.

Memetik kenyataan di mStar online, Diana, 23, berkata, memandangkan dia juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun kemudian.

“Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

“Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

“Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua,” katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut. – mD

Older posts «